Wednesday, March 28, 2012

Catatan Permulaan

Alhamdulillah..nafas ini masih berhembus..jantung masih berdegup dan nadi asih berdenyut menandakan bahawa ruang lingkar hidup di alam syahadah ini masih bersisa. Sesungguhnya perjalanan panjang kehidupan ini menagih mujahadah yang cukup tinggi agar bisa kembali dalam keadaan suci. Moga dipandu hidayah dan taufiq Ilahi dalam setiap gerak geri.

Ruang tulisan ini seakan berkabuk menunggu luahan minda yang tidak tercurah..sudah 3 bulan berada di alam pendidikan sebagai guru semakin banyak pengalaman-pengalaman baru yang ditempuh..memang benar apabila kita berkelana, kita akan bertemu suasana baru, rakan baru, input baru dan macam-macam lagi..cuma, positifkan minda yakin pada diri..
kelana pertama di SK Taman Bukit Subang
Syukur ke hadrat Ilahi kerana ditakdirkan berada di sini..yang mana buminya subur dengan majlis-majlis ilmu..tidak terasa sangat berjauhan dengan bumi bangi..mohonlah pada Allah untuk memberi kekuatan untuk mencari ilmu-ilmu untuk mendekatkan diri kepadfa-Nya.

walaupun masih tidak mendapat gaji sehingga kini.,rasa syukur tetap perlu dipanjatkan..rezeki Allah sentiasa ada. sesungguhnya Allah telah menjamin rezeki ke atas setiap hamba-Nya. sedikit bayaran dari mengajar mengaji emapt lima orang murid dan mengajar kuliah sekali seminggu di surau cukup menampung makan minum..akan tetapi bagi hamba yang 'tolol', tidak akan pernah tahu bersyukur, sibuk mengejar dunia sehingga mengabaikan tanggungjawab seorang hamba.
kuliah risalah mawaizd badiah di surau al falah..bahagian belakang kitab Muhimmah..

Sekadar ini coretan perkongsian catatn hidup..moga ada manfaat dan pengajaran..setiap lingkar ruang hidup perlu dipandang dengan mata hati, samada diri sendiri atau orang lain kerana disitulah akan lahirnya manfaat akan segala apa yang dilihat..Wallahu A'lam..

Saturday, February 25, 2012

Wahai Purnama (Ya Badrotim)




يَا بَدْرَ تِمٍّ حَازَ كُلِّ كَمَالِ # مَاذَا يُعَبَّرُ عَنْ عَلاكَ مَقَالِىْ

أنْتَ الَّذِيْ أشْرَقَتْ فِىْ أفُقِ العُلَى # فَمَحَوْتَ بِالأنْوَارِ كُلَّ ضَلالِى

وَبِكَ اسْتَنَارَ الكَوْنُ يَا عَلَمَ الهُدَى # بِالنُّوْرِ وَالإنْعَامِ وَالإفْضَالِ

صَلَّى عَلَيْكَ اللهُ رَبِّيْ دَائِمًا # أبْدًا مَعَ الإبْكَارِ وَالآصَالِ

وَعَلَى جَمِيْعِ الآلِ وَالأصْحَابِ مَنْ # قَدْ خَصَّهُمْ رَبُّ العُلا بِكَمَالِ



WAHAI PURNAMA

Wahai purnama…..wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana….bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata

Engkau menyinar di alam tinggi….dia alam tinggi….
Terangi kegelapan dan kebatilan…

Dengan mu alam bergemerlapan….bergemerlapan…
Zahir batin nur nikmat dan kemuliaan

Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya….
Siang dan malam jua…..siang dan malam jua

Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu….
Mereka yang istimewa dam amat sempurna….

Friday, January 13, 2012

Blog baru saya..

Alhamdulillah..akhirnya blog ini dapat dibina semula dengan nama baru dan wajah yang baru tetapi kekal hijau..setelah blog lama di 'block' oleh makhluk perosak..kini sedang meniti hari-hari terakhir sebagai penganggur..akan menuju kealam baru, dunia pekerjaan..semoga dipermudahkan urusan..ameen..