Biar
Hati Ini Terus Berbicara…
Bicara
1 : Titt..titt..titt..bergetar handset ku
diatas meja menerima sms.. terpapar mesej kata-kata yang dihantar oleh seorang
sahabat lamaku..:
Beberapa
kali kuulang baca mesej itu dan ku
forwardkan kepada sahabat2 yg kurasa
perlu diforwardkan..aku cuba gali kembali kenangan semalam yang penuh
keindahan..tawa dan tangis, suka dan duka, merancang dan menggerak…kita ikat
hati-hati kita dengan ungkapan keramat 'satu fikrah satu
perjuangan'..ahh..kenangan itu serasa masih segar diingatan ini, bagai baru
semalam kita bersama..tapi aku perlu pasrah bahawa kenyataan yang lepas takkan
berulang kembali..tetapi kenangan dan pengalaman adalah pengajaran..kukutip
memori perjuangan silam sebagai penguat semangatku dikala aku hampir
tersungkur, tewas dengan bujukan kecewa..hampir-hampir perjuangan ini mahu
kutinggalkan..kini..aku cuba bangkit kembali, mengumpul kembali sisa-sisa
kekuatan yang masih ada..aku sedar..aku perlu kuat, bukannya menjadi pelemah
semangat sahbat lain..aku perlu menjadi pembakar semangat bukan pemadam
semangat juang sahabat2 lain. .bukankah Nabi SAW telah mengingatkan bahawa
orang yang membawa agama diakhir zaman ini ibarat memegang bara api..usah
diharap kesenangan andai menjejak kaki ke medan juang..mehnah dan tribulasi
senantiasa akan menggalangi perjalanan ini..akan kucuba ulang sejarah
perjuangan semalam dalam landskap baru perjuangan ini…
Bicara
2 : disini
kusiapkan satu puisi khas untuk sahabat2 seperjuangan maahad saniah dan IPGM
KPI..yang bersama-sama menanggung rasa berdepan mehnah perjuangan..
Sahabat, Dulu
bumi itu menjadi saksi,
Janji dan
sumpah yang kita bina,
Tetapkan bersama walau beribu mehnah membadai,
Kita tetap
akan saling menguatkan…
Sahabat,
Dulu
tanah gersang itu menjadi saksi,
Ikatan ukhuwwah yang terbina antara kita, Kita
percaya tiada siapa yang dapat memisahkan
kita,
Kerana ikatan kita adalah ikatan akidah, Mahabbah
kita ukhuwwah fillah,
Perjuangan kita mardhatillah…
Sahabat, Kini kurindukan saat itu,
Saat
kita bersama bermuhasabah dan mengislah diri,
Bersama berkongsi kebahagiaan dan kesedihan,
Bersama
merancang dan bertindak,
Ku tagih janji kita,
Untuk
terus menyuburkan bumi itu,
Dengan roh tarbiyah dan dakwah…
Sahabat, Jangan
biarkan bumi itu
Menjadi saksi pembohongan kita,
Bersemangat melaungkan perjuangan,
Tetapi hanya sekerat jalan,
Tewas diasak arus dunia,
rupanya roh tarbiyah
kita masih lemah,
Belum bersedia menghadapi dugaan di luar sana…
Sahabat,
Ayuh
kita bangkit kembali,
Buktikan kepada bumi itu,
Kita bangga lahir di sana,
Jangan kita terus futur dalam perjuangan kita,
Demi ukhuwwah yang telah kita bina,
Bangkitlah kembali mara ke medan perjuangan,
Agar bumi itu bangga, Melahirkan
insan seperti kita..
Ingatlah,
Tuhan
tidak bertanya kejayaan kita,
Tetapi kita akan ditanya,
apakah
kita telah melaksanakan tugas kita..
Sahabat,
Walau
nanti jasad kita terpisah,
Namun roh kita tetap bersama,
Selagi
kita masih di landasan yang sama,
Bertemu dan berpisah, kasih dan sayang kita Hanya
kerana-Nya..
Seerat seperjuangan..
Cetusan rasa,
Musafir Senja 87
No comments:
Post a Comment